Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Chart
Kebanyakan
manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia
meninggal ±65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau
buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ±15 tahun
Wanita Baligh ±12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh
= Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!
Waktu kita tidur ±8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=
146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk
tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang
belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil
jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4
jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam=
73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di
buai khayalan……
17 tahun + 25 tahun +
8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak
KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput
tak pernah bersahut,
Malaikat datang
menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk
berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk
ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA
BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN
BELAJAR…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi
bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan
amat kurang sedekahnya.
“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja
tatkala berjaya “
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan
pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50
tahun???
1 solat = ±10 minit …..
5x solat = ±1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I
jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:waktu yang kita
manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg
solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50
tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala
dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding
dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang
selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang
sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut
terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang
dosa…
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan
di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di
dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia
dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat
No comments:
Post a Comment